KERJAYA GURU ADALAH SETARAF DENGAN KERJAYA DAN PROFESION LAIN
” Dialah pemberi paling setia, Tiap akar ilmu miliknya,Pelita dan lampu segala,Untuk manusia sebelum jadi dewasa” .Ungkapan dan kata-kata yang dilahirkan oleh penulis ini seolah memberikan gambaran betapa besarnya peranan dan tanggungjawab seorang guru.Setiap ayat memberikan seribu satu makna yang tersirat yang hanya mampu ditunjukkan dan dibuktikan dengan perbuatan. “Guru adalah pemangkin kepada kejayaan Negara”,”Guru cemerlang Negara Terbilang”.Antara ungkapan lain yang membantu membangkitkan semangat jati diri guru-guru walau dimanapun berada. Sememangnya peranan seorang guru itu tersangatlah pentingnya. Amanah yang diberikan bukanlah semudah yang disangka. Disebalik ungkapan terselitnya seribu satu tanggungjawab yang besar.Tanggungjawab seorang guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi membantu murid membentuk satu pandangan yang menyeluruh dan releven untuk kehidupan seharian mereka serta menjadi pendorong.Guru juga adalah sebagai fasilitator kepada murid dalam apa jua bentuk pembelajaran. Namun kini dunia pendidikan sering menjadikan pendidik sebagai isu penting dan tidak kira samada dari segi pendidikannya, kaedah yang digunakan, ganjaran dan kenaikan pangkat serta isu-isu semasa yang tidak pernah sunyi dari membabitkan diri pendidik tersebut. Pada awal tahun 60an, guru dianggap insan yang terpilih yang dilahirkan untuk membawa ilmu dan kemajuan kepada individu dan masyarakat setempat. Sumbangan guru sangat besar dan menjadi pemangkin kepada pembangunan Negara. Bahkan menjadi panduan dan rujukan kepada semua.Golongan guru juga dikatakan bukan sekadar mengajar, malahan meniupkan, menanam dan menyemarakkan semangat nasionalisme serta nilai-nilai murni yang sewajarnya. Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama, iaitu untuk mengajar, mendidik dan merubah manusia yang bernama pelajar dari keadaan yang tidak mengenal huruf, tidak tahu memngira dan tidak boleh membaca kepada celik huruf, bijak mengira dan menjadi manusia yang berjaya.
.
Namun mengapakah pandangan masyarakat terhadap guru dan profesionnya telah berubah. Dulu masyarakat memandang mulia kepada guru, Kini profesion perguruan seakan terpinggir dan seolah berada dalam kategori terakhir pemilihan kerja. Bidang perguruan sering dianggap sebagai profesion kelas pertengahan yang jauh ditinggalkan.Sering dipertikaikan dan dianggap bukanlah kerjaya yang professional dan tidak setaraf dengan bidang-bidang professional yang lain seperti kedoktoran, kejuruteraan mahupun bidang perakuanan dan sebagainya. Golongan muda menganggap bidang ini adalah pilihan terakhir sekiranya tiada kerjaya profesional lain yang sesuai atau tidak mendapat kerja. Mereka juga beranggapan menjadi seorang guru bukanlah satu tugas yang sukar.Tanpa latihan asas pun mereka masih boleh menjadi guru sandaran dan ada kalanya lebih baik dari guru yang sedia ada. Hanya perlu duduk di dalam kelas dan menyampaikan ilmu kepada pelajar. Itu sahaja. Disamping membuat sedikit kerja-kerja perkeranian seperti menaip dan mengisi borang.
Jika dahulu guru sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran,kini juga guru sering berhadapan dengan pelbagai cabaran.Walaupun secara zahirnya guru hanya menyampaikan ilmu,tetapi adakah hakikat sebenarnya tugas guru hanya berhenti setakat itu. Matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Ianya dikenali sebagai "Wawasan 2020".perkara ini bukanlah merupakan satu dasar khas tetapi merupakan satu tindakbalas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada Negara. Wawasan ini diketengahkan sebagai satu garis panduan dan rangka kerja mengenai pendekatan yang harus diambil dalam memulakan langkah bagi perjalanan jauh yang akan ditempuh oleh Negara dan merupakan matlamat terakhir yang dihalakan ialah pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja malah ia akan merangkumi segala aspek ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.Namun untuk mencapai matlamat tersebut pelbagai cabaran harus dilalui. Antaranya ialah mewujudkan sebuah negara yang kuat ikatan perpaduannya.Ia lebih merujuk kepada sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, dan bekerjasama sepenuhnya, secara adil.Disamping mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.Selain daripada itu Negara Malaysia harus berjaya dalam mewujudkan sebuah negara yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada, dengan apa yang dicapai, gagah menghadapi pelbagai masalah.Guru harus memainkan peranan dalam merialisasikan impian Negara tersebut. Guru harus menerapkan nilai-nilai yang diinginkan tersebut bermula dari sekolah lagi.Guru harus pandai menarik minat murid kearah pembentukan yang diinginkan.
Secara umumnya peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa haruslah berlandaskan Etika Profesion Keguruan. Profesion perguruan adalah satu profesion yang sangat mulia dan amat penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Di zaman teknologi yang serba maju dan canggih ini, peranan dan tanggungjawab guru yang semakin mencabar. Guru memainkan peranan penting untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat serta hubungannya dengan Tuhan. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling hormat menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama kerana guru yang baik adalah seorang guru yang mempunyai sahsiah yang baik juga ialah guru yang mengamalkan etika keguruan yang standard.Tanggungjawab guru dulu dan kini, bukan sekadar menyampaikan ilmu,malahan memastikan ilmu yang disampaikan menjadi rujukan kepada semua dalam meniti kehidupan seharian.Peniup semangat yang berterusan agar bangkit dari sebarang kegagalan.Agar terbentuknya jati diri dan berhijrah kepada kebaikan. Guru juga harus berhadapan dengan berbagai karenah pelajar yang begitu ramai yang datang dari pelbagai keturunan, adat resam, sosio ekonomi, peringkat umur, masalah disiplin yang perlu ditangani. Malah guru juga perlu melayani karenah ibu bapa, masyarakat, pihak atasan, kerajaan, pertubuhan dan masalah peribadi.Adakah semua orang mampu melakukan semua perkara yang dilakukan oleh guru.Adakah semua orang mampu mencipta kesabaran sebagai seorang pendidik.Berapa ramai golongan professional lain yang sanggup menggalas tugas seperti seorang guru.Adakah dengan menjadi guru sandaran dalam dua atau tiga bulan dianggap sudah mendalami tanggungjawab sebenar sebagai guru.Jika tugas guru dianggap mudah kenapa masih beranggapan ianya sebagai pilihan terakhir.Setiap daripada kita pernah bergelar murid, dan sememangnya sedar bagaimana sikap seorang murid yang sentiasa memberikan cabaran kepada guru dalam memastikan ilmu yang disampaikan diterima dan dikuasai. Janganlah menjadi seperti “kacang lupakan kulit”.Sedarkah kita, wujud profesion lain yang lebih baik hasil dari sistem pendidikan dan kerja keras guru yang mengajar.
Ditambah lagi cabaran masa kini dalam mencapai Wawasan 2020 adalah antara yang perlu ditangani oleh para pendidik untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berilmu pengetahuan dan berdaya saing.Tanggungjawab yang mengatakan guru adalah “lilin yang membakar diri”,Ungkapan yang masih tebal bukan sahaja dalam masyarakat Malaysia tetapi di negara-negara lain. Peretomede (1991) menyatakan kajiannya ke atas remaja Nigeria menunjukkan pendangan yang sangat negetif terhadap profesion keguruan di mana lebih 70% responden menyatakan tidak mahu memilih guru sebagai profesion mereka. Pandangan ini lebih ketara bagi responden lelaki di mana 95% dari mereka tidak mahu menjadi guru. Persoalannya jika tugas sebagai guru itu mudah,mengapakah tidak ramai yang mempunyai kesanggupan menjadi guru.
Masyarakat melihat kerja guru mudah, masa kerja yang pendek dan banyak cuti.Mereka tidak sedar bahawa tugas guru kini bukan setakat dibilik darjah.Tetapi merangkumi semua perkara yang membawa kepada pembentukkan sahsiah murid.Dialah guru,dialah jurulatih,dialah penghibur,dialah pakar rujuk dan macam-macam lagi.Dengan pelbagai sistem dibekalkan sehingga memaksa guru menyiapkan semuanya tanpa mengenal siang dan malam. Sedang orang memperlekehkan tugas guru,golongan guru pula merasa terbeban dengan kerja yang terlalu banyak sehingga membawa ke bilik tidur.Kadangkala sambil melaksanakan tanggungjawab di rumah guru masih melaksanakan tugasan yang sepatutnya dilakukan ditempat kerja.Tidak seperti kebanyakan kerjaya professional yang lain yang hanya melaksanan tanggungjawab di tempat kerja.Setiap kerja lebih masa akan diberikan bayaran tambahan. Tidak seperti kerjaya guru-guru. Kerja lebih masanya (over-time) yang tidak berbayar ini tidak dihargai.Berikutan daripada penggunaan sistem yang sentiasa mengundang kelewatan kadangkala menjadikan guru tidak senang duduk memikirkan tanggungjawab yang perlu disegerakan.Namun pandangan dan persepsi yang berbeza ini akan menyebabkan segelintir guru kecewa dan mendorong kearah kesihatan yang membimbangkan.
Kerjaya guru juga tidak kurang hebatnya.Perlu melalui proses pembelajaran seperti kerjaya-kerjaya lain agar melayakkan mereka memperolehi pengiktirafan daripada pihak Kementerian khususnya.Guru-guru perlu ada persijilan yang diikhtiraf seperti Diploma Perguruan Malaysia. Jika dulu guru-guru harus mengikuti Sijil Perguruan Asas (SPA).Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggantikan kepada Diploma Perguruan Malaysia (DPM) demi untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara kita selaras dengan cabaran dalam dunia pendidikan hari ini.Untuk memperolehi sijil tersebut guru-guru perlu melalui proses pembelajaran selama 3 tahun.Guru juga diarahkan menyambung pelajaran ke tempat yang lebih tinggi iaitu keperingkat Sarjana melalui Program Pensiswazahan Guru iaitu Program Khas Pensisiwazahan Guru (PKPG) yang dimulakan pada Jun 1999 telah menambahkan bilangan guru siswazah di samping kursus-kursus yang diadakan secara usahasama dengan Universiti Terbuka Malaysia (Open University) untuk guru-guru bukan siswazah serta Institut Aminuddin Baki untuk guru besar.Kursus-kursus lain seperi Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR),
Kursus Dalam Cuti (KDC) dan terbaru iaitu Program Pensiswazahan Guru(PPG).Sama juga seperti kerjaya-kerjaya lain.Malahan guru-guru perlu mengambil masa lebih lama berbanding kerjaya yang lain.Bayangkan mereka sudah melalui proses pembelajaran selama 3 tahun diperingkat Diploma dan harus melalui 4 tahun lagi untuk ke peringkat Sarjana. Di samping meletakkan guru-guru di tahap yang tinggi dengan memberikan kursus dan latihan yang sesuai, pensyarah-pensyarah maktab juga diberikan peluang meng’upgrade’kan diri mereka sesuai dengan cabaran dalam dunia pendidikan masa kini. Tidak cukup dengan kursus jangka panjang, guru-guru turut dibekalkan dengan kursus jangka pendek seperti kursus KSSR,Kelestarian Linus,Latihan Dalam perkhidmatan dan banyak lagi.Adakah ianya tidak cukup professional dan setaraf dengan kerjaya lain
Kursus Dalam Cuti (KDC) dan terbaru iaitu Program Pensiswazahan Guru(PPG).Sama juga seperti kerjaya-kerjaya lain.Malahan guru-guru perlu mengambil masa lebih lama berbanding kerjaya yang lain.Bayangkan mereka sudah melalui proses pembelajaran selama 3 tahun diperingkat Diploma dan harus melalui 4 tahun lagi untuk ke peringkat Sarjana. Di samping meletakkan guru-guru di tahap yang tinggi dengan memberikan kursus dan latihan yang sesuai, pensyarah-pensyarah maktab juga diberikan peluang meng’upgrade’kan diri mereka sesuai dengan cabaran dalam dunia pendidikan masa kini. Tidak cukup dengan kursus jangka panjang, guru-guru turut dibekalkan dengan kursus jangka pendek seperti kursus KSSR,Kelestarian Linus,Latihan Dalam perkhidmatan dan banyak lagi.Adakah ianya tidak cukup professional dan setaraf dengan kerjaya lain
Tugas yang dilakukan oleh guru adalah bersifat intelektual, memerlukan amalan pertimbangan yang konsisten, tidak boleh disama rata atau dirutinkan, dan menuntut persediaan yang berpanjangan melalui pendidikan.Penyataan seperti yang dikemukakan oleh Weiss (1989) di atas memperlihatkan antara ciri profesion keguruan. Profesion ialah kerjaya yang melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan pengetahuan formal yang diperoleh daripada pendidikan dan amalan yang menyeluruh. Secara ringkasnya, ciri utama sebuah profesion ialah mempunyai asas pengetahuan yang kukuh berkaitan dengan tugas (Bowman,1989). Berdasarkan pengetahuan , individu profesional menjadikan seseorang itu pakar dalam bidangnya yang tidak dimiliki oleh individu lain yang tidak mempunyai pengetahuan atau kelayakan berkaitan (Freidson, 1986, 141).Seorang profesional ialah individu yang bersifat objektif, adil dan tidak mementingkan diri sendiri. Perhubungan dengan pelanggan adalah dibatasi oleh tugas secara teknikal dan mengelakkan penglibatan secara emosi. Ciri ini membolehkan seorang profesional membuat keputusan yang munasabah dan rasional bagi pihak pelanggan.Tanggungjawab guru juga tidak menidakkan kenyataan di atas.Untuk menjadi seorang guru, seseorang harus melalui pelbagai proses yang melayakkan mereka mempelajari ilmu keguruan.Seterusnya memilih bidang kursus masing-masing.Selama di peringkat Institut mereka akan diajar untuk menjadi seorang yang mahir dan pakar dalam bidangnya.Di ajar cara berkoloborasi dengan pelanggannya iaitu murid dengan cara yang terbaik agar penyampaiannya boleh diterima tanpa rasa bosan.
Ciri seterusnya bagi seorang profesional ialah berkenaan dengan tahap perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Sentiasa memberikan keutamaan kepada pelanggan dan melakukan tindakan yang sewajarnya demi kepentingan pelangan. Dengan cara itu pelanggan akan menaruh keyakinan yang tinggi terhadap individu profesional tersebut untuk membantunya. Dalam situasi ini murid adalah pelanggan yang harus diberikan perkhidmatan.Guru harus memastikan keperluan utama murid dipenuhi.Guru yang Berjaya menawan hati pelajarnya dengan perkhidmatan yang baik dan memberansangkan akan dipercayai dan mendapat sokongan yang baik dari pelajar dan pelbagai pihak lain seperti pihak ibu bapa,pihak sekolah,jabatan kementerian dan sebagainya.Malahan pelbagai anugerah diwujudkan agar menjadi ransangan kepada guru-guru.Seperti Anugerah Cemerlang(APC), Anugerah Guru Cemerlang(AGC),Guru Pakar dan sebagainya.
Ciri lain bagi profesion ialah seperti mempunyai struktur kawalan yang jelas di mana kepakaran mereka adalah berdasarkan pengetahuan teoritikal dan kemahiran yang diperoleh melalui latihan yang panjang. Dalam hal ini, golongan profesional mengharapkan autonomi dalam melaksanakan kepakaran mereka dan berpandangan bahawa mereka layak untuk membuat sebarang keputusan dalam ruang lingkup bidang kepakaran mereka. Ciri terakhir profesional ialah golongan ini mempunyai suatu kod etika yang memandu aktiviti mereka. Kod etika ini digubal untuk melindungi profesion dan pelanggan atau kepentingan awam (Benvineste, 1987, 40) Kesimpulannya, ciri sesuatu profesion merangkumi pengetahuan teknikal yang diperoleh daripada latihan berjangka panjang; akur kepada norma profesional yang meliputi keobjektifan profesion, tidak mementingkan diri dan tidak berat sebelah.Berasaskan kumpulan, mempunyai autonomi dalam membuat keputusan professional, dan mempunyai kod etika tersendiri berdasarkan pengetahuan, tanda aras dan pendapat rakan sejawat. Ciri-ciri yang disenaraikan di atas merupakan ciri-ciri yang melayakkan bidang keguruan sebagai satu profesion dan setaraf dengan kerjaya yang dianggap professional. Guru yang profesional ditakrifkan sebagai seorang guru yang tahu cara menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dalam bidangnya. Guru yang profesional sentiasa terbuka untuk belajar tentang cara meningkatkan mutu amalannya serta sentiasa berusaha memperbaiki dirinya dan sentiasa bersedia berkongsi kepakarannya dengan profesional lain dalam bidang keguruan.
Matlamat kerjaya seorang guru yang profesional ialah menghayati prinsip perkembangan yang berterusan (Wan Mohd Zahid Noordin, 2003). Tugas guru sentiasa “meningkatkan tahap pembelajaran, pengetahuan dan pencapaian” agar melayakkan guru digelar sebagai seorang profesional dengan kemahiran dan kompetensi yang dimiliki untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang amanahkan.Kesan daripada tugas profesional yang dilaksanakan oleh guru ternyata memberikan sumbangan yang amat signifikan terhadap pembangunan ekonomi dan masa depan negara khususnya dalam konteks pembinaan modal insan.
No comments:
Post a Comment